Ada yang cemburu dengan kemakmuran Malaysia
Astro Awani
Mac 17, 2013 08:16 MYT
Mac 17, 2013 08:16 MYT
Keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini, bukan jaminan ia akan berterusan.
Sebaliknya rakyat diingat sentiasa berwaspada kerana terdapat musuh luar yang sentiasa mencari peluang untuk memporak poranda negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat pihak tertentu yang cemburu dengan kemakmuran Malaysia yang dikategorikan negara paling selamat oleh indkes keamanan global (GPI).
“Malaysia antara negara yang paling selamat dan ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian tentang soal itu malah kita berada di antara 20 negara paling selamat mengatasi Singapura,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penghantaran tambahan pasukan keselamatan ke Lahad Datu bagi memastikan keamanan dan kestabilan terjamin.
Beliau yang juga ahli parlimen Pagoh menjelaskan, kerajaan sentiasa bertanggungjawab dan komited dalam menjaga keamanan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada majlis anjuran Polis Diraja Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Bakri Muar.