Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain walau bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan ia ada kaitan dengan kes kehilangan bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.
Tambahnya, polis perlu menunggu laporan kimia serta pihak pengeluar kereta untuk mengesahkan komponen kereta tersebut sama ada daripada model keluaran Proton atau Honda.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan penemuan sebuah kereta yang rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.
"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," Mohd Shuhaily ketika mengesahkan penemuan kereta berkenaan pagi ini.
Bagaimanapun, pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.
"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.
Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.
"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.
Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.
Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Sidang media berkenaan penemuan kenderaan itu dijangka diadakan sekitar 3 petang ini.
Astro Awani
Sun Sep 06 2015
![Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441516609_KevinAnthony.jpg)
Polis sedang menjalankan siasatan jika kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wanita maut, enam ahli keluarga cedera nahas dekat R&R Sungai Buloh Wanita maut, enam ahli keluarga cedera nahas dekat R&R Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668389565_Wanitamaut.jpg)
Wanita maut, enam ahli keluarga cedera nahas dekat R&R Sungai Buloh
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki tujuh sekeluarga telah melanggar bahagian belakang sebuah treler.
![Lelaki maut nahas lapan kenderaan termasuk ambulans Lelaki maut nahas lapan kenderaan termasuk ambulans](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641608743_maut.jpg)
Lelaki maut nahas lapan kenderaan termasuk ambulans
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Syahmi Ishak, 21, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
![Tiga maut nahas dua kenderaan Tiga maut nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637551506_TBeksiden.jpg)
Tiga maut nahas dua kenderaan
Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok tengah pembahagi lebuh raya sebelum berpusing melanggar Perodua Bezza di lorong kiri.
![Honda Malaysia panggil balik 2,784 kenderaan model Accord, CR-V Honda Malaysia panggil balik 2,784 kenderaan model Accord, CR-V](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/61570934052_HondaEmblem.jpg)
Honda Malaysia panggil balik 2,784 kenderaan model Accord, CR-V
Langkah itu membabitkan 1,380 unit Accord (model tahun 1999) dan 1,404 unit CR-V (model tahun 2000).
![5 topik untuk sembang hari ini 5 topik untuk sembang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577483498_TBTOPIK.jpg)
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
![Suspek terakhir kes bakar kereta Mufti Perlis ditahan Suspek terakhir kes bakar kereta Mufti Perlis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562418014_TANGKAPMEETOMOI.jpg)
Suspek terakhir kes bakar kereta Mufti Perlis ditahan
Seorang lelaki yang juga suspek terakhir kes bakar kenderaan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Mac lalu ditahan dalam satu serbuan di Kuala Ketil, Kedah pada pagi Sabtu.
![Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar awal pagi Jumaat Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar awal pagi Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553224324_KERETA.jpg)
Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar awal pagi Jumaat
Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin musnah disyaki dibakar pihak di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, awal pagi Jumaat.
![Honda sasar jual 500 unit sebulan model terbaharu Accord Honda sasar jual 500 unit sebulan model terbaharu Accord](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41473247795_HondaAccord.jpg)
Honda sasar jual 500 unit sebulan model terbaharu Accord
Honda Malaysia menyasar menjual 500 unit sebulan model terbaharu Accord yang dilancarkan hari ini.
![Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan di Rantau Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan di Rantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466909608_KemalanganRantau.jpg)
Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan di Rantau
Tiga lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera dalam satu kemalangan babit dua buah kereta di Jalan Rantau, Rantau dekat sini tengah malam tadi.
![Masih awal untuk kaitkan penemuan kereta dengan mana-mana individu - Polis Masih awal untuk kaitkan penemuan kereta dengan mana-mana individu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441542842_KeretaTerbakar.jpg)
Masih awal untuk kaitkan penemuan kereta dengan mana-mana individu - Polis
Masih terlalu awal untuk mengaitkan kenderaan yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak dengan individu yang memegang jawatan sebagai Kevin Anthony Morais.