Ada sebabnya cuaca panas semacam ketika ini
Syafique Shuib
Jun 20, 2014 12:30 MYT
Jun 20, 2014 12:30 MYT
Ramai mula mengeluh tentang suhu cuaca yang kian meningkat, terutama sekali di Semenanjung Malaysia.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Khidmat Korporat dan Komersil Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan itu akibat Musim Monsun Barat Daya yang membawa kepada cuaca panas dan kurang taburan hujan selain kurang pembentukan awan bagi menghalang pancaran terik matahari.
Walaupun ramai menyangkakan ia adalah kesan fenomena El Nino, namun ia hanya mula dirasai di Semenanjung Malaysia pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Mohd Hisham berkata ia adalah disebabkan kedudukan Semenanjung yang terletak agak jauh dari Lautan Pasifik.
"Negara yang hampir dengan Lautan Pasifik seperti Indonesia dan Australia serta Sabah dan Sarawak mungkin akan mengalami kesan El Nino lebih awal berbanding Semenanjung Malaysia.
"Selain itu, kesan yang akan dirasai juga tidak dapat diramal dengan tepat kerana ia bergantung kepada tahap kekuatan El Nino tersebut, sama ada pada tahap lemah, sederhana atau kuat," katanya kepada Bernama.
Berikut adalah beberapa tweet dari orang ramai yang meluahkan ketidakpuasan mereka.