Ada pihak berkeliaran sekitar pusat tahfiz sebelum kebakaran - PPIM

Kohilah Sekaran
September 15, 2017 19:47 MYT
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, lebih 20 rakaman CCTV telah diserahkan kepada polis perkara untuk siasatan lanjut.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan bahawa ada beberapa pihak berlegar di kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebelum kebakaran.
Perkara itu dimaklumkan oleh PPIM berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat PPIM yang berada bersebelahan pusat tahfiz tersebut.
PPIM namum berkata ia sukar untuk ditafsir memandangkan ia adalah kawasan kampung, jadi motif mereka berkeliaran pada malam sebelum kejadian masih tidak jelas.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, lebih 20 rakaman CCTV telah diserahkan kepada polis perkara untuk siasatan lanjut.
"Kita sudah menyerahkan semua rakaman CCTV kepada pihak polis untuk siasatan dan mereka akan meneliti insiden tersebut.
"Kalaulah ada unsur sabotaj, itu perlu ditangani mengikut undang-undang, biar polis siasat kejadian itu." katanya dalam sidang media sebentar tadi.
BACA: Jenazah mangsa korban pusat tahfiz dibawa keluar dari IPFN HKL
Nadzim juga berharap pihak kerajaan akan mengubal satu akta untuk mengawal semua pusat tahfiz di negara ini dan peraturan yang lebih ketat akan dikenakan untuk mengelakkan kebakaran sebegitu daripada berlaku lagi.
“Ada yang mengatakan bahawa ia adalah takdir, memang takdir tetapi kalau kita cuai, maknanya kita macam mengundang takdir itu,” katanya.
BACA: Bomba akan bekerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah - KP Bomba
Sebanyak 11 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah selamat dikebumikan petang ini.
#Datuk Nadzim Johan #polis #PPIM #Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah #siasatan #suspek
;