Ada 'pesta air' di Tanjung Piai!
Shahrul Hassan
Disember 6, 2017 22:35 MYT
Disember 6, 2017 22:35 MYT
Macam taman tema air!
Begitulah keadaannya di Tanjung Piai yang meriah dengan kehadiran orang ramai yang menjadikan fenomena air pasang besar deras di kawasan itu sebagai 'hiburan' buat mereka.
Bukan apa, mereka juga sebenarnya mahu melihat dan mengalami sendiri pengalaman bermain air deras yang unik.
Pengurus pemasaran, komunikasi dan ICT Perbadanan Taman Negara Johor, Khalid Zahrom memberitahu Astro AWANI, kira-kira 2,000 pengunjung hadir pada waktu kemuncaknya sejak 3 Disember lepas.
Air pasang besar direkodkan setinggi 3.6 meter sejak semalam dan ia dijangka naik setinggi 3.5 meter esok dengan waktu kemuncaknya pada 1:23 tengah hari sebelum kembali ke paras biasa.
Keunikan air pasang besar yang hanya berlaku setahun sekali di tanah penghujung benua asia itu bagaikan pesta lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah.
#air deras
#air pasang besar
#air pasang besar deras
#air pasang deras
#Khalid Zahrom
#Pontian
#Taman Negara Johor
#Tanjung Piai