Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima maklumat bahawa ada sebilangan rakyat yang jujur dan menarik diri sebagai penerima Program Subsidi Petrol (PSP) kerana merasa dirinya tidak layak untuk bantuan itu.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka menarik diri selepas membuat semakan di portal psp.kpdnhep.gov.my di mana penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh menyemak kelayakan mereka untuk PSP.
"Dalam satu rekod, penerima terbabit memaklumkan ibunya (penerima BSH) di kampung mendaftarkan namanya (bagi kenderaan) akan tetapi beliau mengakui sudah mempunyai pendapatan yang besar. Atas faktor itulah, penerima terbabit mahu menarik diri.
"Ini menunjukkan adanya rakyat Malaysia yang jujur dan ini jelas bahawa kewujudan portal itu langkah yang tepat bagi mengemas kini penerima PSP yang tersenarai dalam BSH," katanya dalam satu persidangan media selepas melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KPDNHEP 2019-2023 di sini pada Selasa.
Seramai 2.9 juta penerima BSH daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan PSP boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal berkenaan. Bagi penerima bantuan yang tercicir, mereka boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal itu.
Data penerima PSP daripada golongan B40 itu adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, dan ia disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Penerima di bawah PSP akan menikmati subsidi petrol RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan, untuk pemilik motosikal, dan subsidi akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan di mana pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020.
Saifuddin Nasution berkata seramai 1.7 juta pelayar sudah mengunjungi portal PSP berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
![Ada penerima tarik diri daripada Program Subsidi Petrol - KPDNHEP Ada penerima tarik diri daripada Program Subsidi Petrol - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571758785_SaifuddinNasution.jpg)
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) semasa sidang media selepas majlis pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 2019-2023 di KPDNHEP hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
![Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712575829_JefryDarus.jpg)
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
![BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680791620_KetuaSetiausaha.jpg)
BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN
Langkah ini memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.
![Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677406275_TimbalanMenteriPer.jpg)
Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly
Kementerian Pertahanan memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.
![#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023 #SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653914122_duitringgit.jpg)
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
![#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023 #SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671954394_IKAN.jpg)
#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
![Projek DJM, inisiatif bantu komuniti nelayan mendepani musim tengkujuh Projek DJM, inisiatif bantu komuniti nelayan mendepani musim tengkujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636529819_DjoesmanKolomKeo.jpg)
Projek DJM, inisiatif bantu komuniti nelayan mendepani musim tengkujuh
Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Laut Sarawak memberi nafas kepada komuniti nelayan.
![Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/51453181911_JohanMahmoodMerica.jpg)
Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican
Kementerian Kewangan akan menyerap data daripada agensi-agensi berkaitan yang mengendalikan golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan mereka yang memerlukan.
![COVID-19: Lebih 2 juta rakyat Sabah terima bantuan kerajaan COVID-19: Lebih 2 juta rakyat Sabah terima bantuan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604324152_MasidiManjunBersa.jpg)
COVID-19: Lebih 2 juta rakyat Sabah terima bantuan kerajaan
Lebih 2 juta rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan setakat ini.
![4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini 4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41595213483_TimbalanMenteri.jpg)
4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini
Seramai 4.3 juta orang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di seluruh negara yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.738 bilion pada 2020.