"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian

Astro Awani
Januari 18, 2021 21:29 MYT
Kementerian Pendidikan sebelum ini menetapkan calon-calon peperiksaan utama, termasuk SPM 2020, kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan secara bersemuka mulai 20 Januari ini. - Gambar fail
KUANTAN: Calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menzahirkan rasa bimbang terhadap pencapaian mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Kuantan, Darwishah Nordin yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu tahun lepas, ada di antara rakan yang mula berputus asa termasuk hilang keyakinan bagi menghadapi peperiksaan tersebut menjelang Februari.
“Bagi saya tidak seronok kerana ada pelajar yang ‘slow learner’, dia kena ada bersemuka dengan cikgu bagi yang boleh tu, bolehlah... namun bagi yang tidak boleh itu kesianlah.
“Kadang-kadang mereka akan berasakan seperti ingin berputus asa, seolah-olah mereka tidak lagi rasa ingin belajar,” jelasnya.
Bagi pelajar SMK Pandan, Tan Bee Yoke, cabaran kekangan akses kepada internet dan peranti yang sesuai juga antara faktor yang terpaksa didepani termasuk ketiadaan guru secara bersemuka.
“Cikgu banyak juga membantu tapi cara belajar secara atas talian memang sangat mencabar.
“Saya lebih suka cara belajar dalam sekolah tetapi disebabkan COVID-19 ini, kami tidak ada pilihan dan salah satu cabaran yang besar adalah capaian internet tidak stabil,” ujar Bee Yoke.
Kementerian Pendidikan sebelum ini menetapkan calon-calon peperiksaan utama, termasuk SPM 2020, kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan secara bersemuka mulai 20 Januari ini.
BACA: Peperiksaan utama: Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Peperiksaan Utama | Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Peperiksaan Utama | Apa langkah tingkatkan motivasi pelajar?
#Sijil Pelajaran Malaysia #SPM #pelajar #pendidikan #Kementerian Pendidikan #sekolah #PKP #perintah kawalan pergerakan #calon #peperiksaan #COVID-19
;