Ada pandangan berkenaan kepentingan pengundi luar? Sertai pertandingan klip video anjuran UPKO
Nickyson Nyambar
Disember 15, 2021 23:53 MYT
Disember 15, 2021 23:53 MYT
KUALA LUMPUR : UPKO Malaysia membuka penyertaan buat mana-mana individu negara ini untuk menyertai pertandingan klip video mengenai kepentingan pengundi luar dalam pilihan raya negeri yang bermula hari ini sehingga 16 Januari 2022.
Mereka yang menyertainya juga digalakkan untuk menyuarakan pandangan mengenai kepentingan status undi tidak hadir perlu dilaksanakan.
“Rakam video berdurasi tiga minit mengenai kepentingan pengundi luar untuk mengundi dalam pilihan raya negeri.
“Undian awam akan dibuat dari 17 Januari sehingga 24 Januari 2022. Penilaian juri pula akan bermula 25 Januari sehingga 28 Januari 2022.
“Pemenang akan diumumkan pada 29 Januari,” menurut UPKO dalam kenyataan pada Rabu, sambil menambah hadiah lumayan menanti pemenang dalam pertandingan ini.
“Johan akan menerima RM2,000, naib johan, RM1,000 dan tempat ketiga akan menerima RM500,” kata UPKO dalam kenyataan sama.
Tambahnya lagi, video peserta akan dimuat naik ke laman sosial Facebook UPKO Kini untuk pengundian awam pada 17 Januari 2022 dan video akan dinilai dari 25 Januari hingga 28 Januari 2022.
Untuk pemarkahan, kata UPKO ia adalah berdasarkan 70 peratus penilaian juri dan 30 peratus dari pengundian awam dari segi jumlah ‘Like’, ‘Share’, dan ‘komen’ yang diterima.
Bagi mereka yang berminat menyertainya boleh mengisi maklumat dan memuat naik rakaman video di pautan Google Form yang dikongsikan dalam bebenang di Twitter rasmi @UPKOMalaysia.