'Ada militan rancang sabotaj 'Better Beer Festival' - Polis

Hakim Rahman
September 21, 2017 15:43 MYT
Mohamed Fuzi berkata rancangan itu dibuat kerana mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantah menganjuran "Better Beer Festival 2017" kerana wujud rancangan militan untuk melakukan sabotaj ke atas festival berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun berkata rancangan itu dibuat kerana mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka.
"Maklumat risikan juga mendedahkan bahawa wujud beberapa pihak yang merancang untuk menimbulkan kekacauan semasa festival tersebut berlangsung dan ini bakal menimbulkan satu situasi keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, bagi mengelakkan sebarang insiden di luar kawalan berlaku, PDRM bertindak proaktif dengan mendirikan bantahan terhadap penganjuran festival tersebut demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

#BetterBeerFestival Ada militan rancang sabotaj festival berkenaan kerana bertentangan dengan perjuangan mereka - KPN @501Awani

— Hakim Rahman AWANI (@HakimAstroAWANI) September 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Polis juga dapat maklumat ada pihak merancang untuk buat kekecohan semasa festival berkenaan

— Hakim Rahman AWANI (@HakimAstroAWANI) September 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagi elak sebarang insiden, @PDRMsia bertindak proaktif dengan membantah penganjuran festival berkenaan demi ketenteraman awam & masyarakat

— Hakim Rahman AWANI (@HakimAstroAWANI) September 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
'Better Beer Festival 2017' dijangka diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di Publika di sini dibatalkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan 'sensitiviti politik'.
Bagaimanapun, penganjurnya MyBeer (M) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata tahap keselamatan yang diperuntukkan pihaknya mencukupi dan bersedia bertemu DBKL untuk membincangkan pembatalan acara tersebut.
#Better Beer Festival 2017 #DBKL #Dewan Bandaraya Kuala Lumpur #fuzi harun #KPN
;