'Ada masa untuk sembahyang lagi, agar esok Anwar bebas' - Anwar Ibrahim
Syafique Shuib
Februari 9, 2015 21:31 MYT
Februari 9, 2015 21:31 MYT
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Padang Timur di sini malam ini untuk menghadiri satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat.
Lebih 2000 menghadiri majlis makan malam tersebut dan dijangka lebih ramai yang akan muncul sebagai tanda solidariti kepada pemimpin berusia 67 tahun itu.
Ceramah ini merupakan jelajah terakhir `Kempen Rakyat Hakim Negara' sebelum keputusan kes liwat membabitkannya esok di Mahkamah Putrajaya.
Terdahulu, Naib Presiden PKR Tian Chua memberikan ucapan yang antaranya berkata keputusan esok boleh merubah landskap politik Malaysia di masa hadapan.
"Kami akan menentukan hala tuju negara ini. Kita mahu melihat hak asasi manusia dan demokrasi," kata Tian Chua.
Tonton reaksi penyokong-penyokong Anwar di sini:
Dan reaksi penyokong ketika sesi ramah-mesra dengan pemimpin tersebut sebelum beliau memberikan ucapannya di perhimpunan itu.