'Ada kerja sikit', antara alasan diberikan orang ramai kepada polis

Afiezy Azaman
Mac 18, 2020 22:06 MYT
Operasi ini akan fokus kepada memberi pemahaman kepada rakyat mengenai kepentingan untuk berada di rumah. - Polis Selangor
"Hantar barang, beli makanan segera, ada kerja sikit dan ada hal" antara alasan yang diberikan oleh orang ramai yang masih berdegil tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal alasan itu dikemukakan kepada anggota polis yang menjalankan operasi bermula malam Rabu.
"Operasi ini akan fokus kepada memberi pemahaman kepada rakyat mengenai kepentingan untuk berada di rumah," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Terdahulu, Polis Kontinjen Selangor mengadakan operasi besar-besaran berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 8 malam, pada Rabu.
BACA: Polis Selangor lancar operasi besar-besaran mulai malam ini
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima aduan terdapat segelintir orang ramai yang masih tidak mengendahkan perintah yang dikeluarkan kerajaan.
Polis masih akan menggunakan kaedah menasihati dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menangkap serta membuka kertas siasatan kepada mereka yang masih berdegil, ujar beliau.
#COVID-19 #koronavirus #operasi polis #Orang ramai #perintah kawalan pergerakan #rakyat Malaysia
;