Ada gerakan lucut gelaran Tan Sri milik Tommy Thomas - Laporan

Astro Awani
Februari 5, 2021 15:56 MYT
Langkah ini susulan penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' oleh Tommy. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Terdapat kumpulan dalam kalangan pegawai undang-undang dan kehakiman sedang menggerakkan usaha untuk memastikan gelaran Tan Sri milik bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas digugurkan, lapor portal Malaysia Now pada Jumaat.
Laporan yang memetik sumber itu mendakwa, gerakan untuk mencadangkan kepada Istana Negara sudah bermula melalui petisyen serta melalui satu ketetapan oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA).
Sumber itu turut memaklumkan, langkah ini dibuat bagi mempertahankan integriti pegawai undang-undang selepas apa yang disifatkan sebagai penghinaan kepada mereka.
BACA: JALSOA bantah penulisan Tommy Thomas hina pegawai undang-undang
BACA: Edar salinan cetak rompak buku Tommy Thomas, syarikat penerbitan beri amaran ambil tindakan
BACA: Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Ia juga sebagai mesej jelas kepada mana-mana individu yang memegang jawatan di jabatan awam.
Langkah ini menyusul selepas penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' oleh Tommy.
Tommy dilantik menjawat jawatan Peguam Negara oleh Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota, yang membawa gelaran Tan Sri pada September 2019.
#Tan Sri #Tommy Thomas #digugurkan #JALSOA #pegawai undang-undang #kehakiman #My Story Justice in the Wilderness