Ada 'Food Bank' di Masjid Darul Hana

Astro Awani
April 19, 2019 17:07 MYT
Masjid Darul Hana menjadi pusat pengagihan bantuan kepada golongan asnaf dan miskin. - Foto Bernama
Masjid Darul Hana bukan sekadar rumah ibadat. Ia tempat penyatuan masyarakat dan markas bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.
26 orang dari 13 buah kampung seberang hilir pada Jumaat telah menerima bantuan Inisiatif Bank Makanan atau Food Bank. Majlis berlangsung di Dewan Seminar Masjid Darul Hana pada Jumaat.
Diadakan buat julung kalinya, ia bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
Penasihat Karnival Darul Hana, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata sumbangan seperti ini akan menjadi acara bulanan bagi membantu penduduk kampung terutamanya golongan asnaf dan fakir miskin.
"Masjid Darul Hana juga akan dijadikan sebagai pusat untuk pengagihan sumbangan.
"Ini kerana masjid ini merupakan struktur yang pertama dibangunkan di kawasan Darul Hana untuk aktiviti kemasyarakatan serta pembangunan Darul Hana itu sendiri," katanya.
Dirasmikan pada 15 April 2016 oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, Masjid Darul Hana merupakan masjid pertama di Sarawak yang mempunyai ruang legar khas bagi upacara akad nikah.
#AWANI Sarawak #Darul Hana #Dr Abdul Rahman Junaidi #food bank #Kuching #masjid #Sarawak
;