Ada apa dengan Maha Klinik?
Nursyazwani Saiful Sham
Julai 10, 2018 19:12 MYT
Julai 10, 2018 19:12 MYT
NAMA Maha Klinik sememangnya sudah tidak asing lagi bagi penduduk di Alor Setar, Kedah.
Malah popularitinya tersebar luas dan cukup sinonim dengan warga dari negeri-negeri berhampiran.
Tetapi tahukah anda, klinik yang menambat hati masyarakat sekitar ini adalah milik perdana menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad?
Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron ada kenangan tersendiri di Maha Klinik yang ingin dikongsikan bersama penonton Astro AWANI.
Sempena hari istimewa buat Tun Dr Mahathir ini, Astro AWANI menyediakan program khas 'Doctors in The House'.
Menerusi program ini, penonton dapat melihat Tun Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah menyambut kedatangan doktor pakar Tan Sri Dr Yahya Awang dan berbual santai di kediaman mereka.
“Sehingga sekarang, saya boleh naik tangga. Di dalam pejabat saya, ada 28 anak tangga untuk dinaiki. Saya naik, turun, dan naik lagi dan turun. Saya membiasakan tidak menggunakan lif.
"Di dalam rumah, kami pasang lif, tetapi saya jarang guna. Saya lebih suka turun dan naik tangga,” ini antara yang dikongsikan Tun Mahathir.
Ingin tahu lebih lanjut intipati temu bual yang berkisar tentang topik penjagaan kesihatan ini? Jangan lupa 'Doctors in The House' jam 8.15 malam ini di saluran 501, Astro AWANI.
#Doctors in The House
#Maha Klinik
#Tan Sri Dr Yahya Awang
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Tun Dr Siti Hasmah