Acara pameran pelancongan secara talian pertama di Malaysia Mac ini
Aza Jemima Ahmad
Februari 28, 2020 19:53 MYT
Februari 28, 2020 19:53 MYT
Kerajaan menyediakan geran padanan untuk mempromosi sektor pelancongan, dengan jumlah sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi mempertingkat prestasi industri pelancongan di Malaysia.
Melalui peruntukan yang disediakan, Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) bakal melancarkan acara ‘MITA e-Travel Fair 2020’ yang bakal berlangsung pada 15 hingga 30 Mac ini.
Menurut Presiden MITA Uzaidi Udanis, berikutan penularan wabak COVID-19 akhir-akhir ini, acara tersebut bakal dianjurkan secara langsung dalam talian dan boleh disaksikan tanpa berkujung ke dewan pameran.
Sebanyak 500 pengusaha dari industri pelancongan akan menawarkan pakej diskaun yang menarik. Pelanggan boleh membuat tempahan kepada agensi pelancongan, hotel dan taman tema menggunakan baucar digital yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus.
Seramai 100,000 pelanggan dijangka akan membeli pakej pelancongan domestik oleh ‘MITA e-Travel Fair’ dengan jumlah jualan beranggaran sebanyak RM20 juta.
Susulan pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Khamis, acara ini dilanjurkan dengan objektif meraih semula kadar pelancong-pelancong ke negara ini.
Difahamkan, konsep acara ini tidak pernah dilakukukan oleh mana-mana pihak di dalam industri pelancongan. Dengan itu, MITA akan menjadi pertama yang akan melancarkan acara yang berkonsepkan atas talian ini.