Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 selama 66 jam jangka terima 2 juta pengunjung

Astro Awani
Januari 27, 2024 17:08 MYT
Hemma Candy berkata, program itu akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 29 Mac hingga 1 April depan. - Foto ABXGR24
KUALA LUMPUR: Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 (ABXGR24) kembali berlangsung pada tahun ini dengan menawarkan peluang kepada orang ramai membeli-belah selama 66 jam tanpa henti untuk persediaan menyambut kedatangan Syawal.
Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hemma Candy berkata, program anjuran bersama My Events International dan Absolut Event and Management itu akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 29 Mac hingga 1 April depan.
"Buat tahun tiga, satu festival raya terbesar dikenali Absolute Bazaar X Gaya Raya 2024 ini menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta pada Ramadan ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Menurut Hemma, dijangkakan lebih daripada 2 juta juta pengunjung bakal membanjiri bazar tersebut berbanding tahun lalu yang mencatat jumlah pengunjung seramai 1.6 juta orang.
“ABXFGR terus berkembang secara progresif pada kadar 25 peratus setiap tahun dan pencapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan kecil, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana.
“Dengan kepesatan peningkatan seperti ini, ABXFGR menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ramai, serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Hemma menambah, penganjuran tahun ini menyediakan lebih 900 tapak jualan dan membawakan lebih 120 selebriti dengan persembahan dan promosi seperti cabutan bertuah sepanjang acara berlangsung.
Pada masa sama, katanya, antara tarikan utama adalah mini Absolut FoodFest yang dianggarkan melebihi 80 vendor yang akan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa atau bersahur menjadikan menjadikan ABxFGR24 sebagai destinasi ideal membeli-belah menjelang Syawal.
"Sebagai tambahan, kami turut untuk mengadakan ABXFGR24 di Johor seminggu sebelum acara di Kuala Lumpur.
"Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk turut menyertai dan menikmatikegembiraan festival ini. Festival raya di Johor ini akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mac ini di Persada Johor," jelasnya.
#Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 #bazaar raya #Absolut FoodFest #Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia
;