Abdullah sokong dua jawatan tertinggi Umno tidak dicabar

Bernama
Jun 27, 2013 20:41 MYT
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyokong cadangan "tiada pertandingan" untuk jawatan presiden dan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti nanti.
"Kalau banyak sangat jawatan yang dicabar, kelam-kabutlah," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Keamanan Dunia 2013 'Innovation and International Security' (Inovasi dan Keselamatan Antarabangsa), di sini pada Khamis.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada anggota Umno untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
"Kalau ada kehendak ramai, apa boleh buat," katanya.
Sebelum ini beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno menyarankan agar dua jawatan tertinggi berkenaan tidak dicabar memandangkan gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin baik untuk parti.
#Abdullah Badawi #Beijing #UMNO
;