Abdul Taib hadir majlis angkat sumpah pelantikan menteri Sarawak

Bernama
Mac 3, 2014 12:41 MYT
Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib. --Gambar fail
Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib hari ini menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Negeri Sarawak.
Majlis yang diadakan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya itu turut dihadiri Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu.
Istiadat dimulakan dengan pendaftar istiadat mempersilakan para menteri negeri yang juga anggota Exco serta menteri-menteri muda menghadap Taib untuk menerima surat pelantikan.
Majlis diteruskan dengan mereka membaca ikrar di hadapan Taib dan disaksikan oleh Adenan sebelum menandatangani surat ikrar.
Sebanyak lapan menteri penuh dimulakan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang membaca ikrar dan seterusnya menandatangani surat ikrar yang kemudian diikuti 19 menteri muda.
#angkat sumpah #Menteri Sarawak #Taib Mahmud
;