Abdul Latif dan Liek Hou dijangka tiba di KLIA petang ini
Astro Awani
September 6, 2021 13:53 MYT
September 6, 2021 13:53 MYT
KUALA LUMPUR: Dua jaguh sukan paralimpik, Abdul Latif Romly dan Cheah Liek Hou dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.
Pesawat yang membawa pemenang pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dan badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dijangka mendarat di KLIA pukul 4.30 petang.
Liek Hou, merupakan penyumbang pingat emas kedua negara pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo selepas menewaskan pemain Indonesia, Anrimusthi Dheva, 21-17, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), di Yoyogi National Stadium.
Abdul Latif, anak muda kelahiran Perlis ini pula terus mengharumkan nama negara di persada dunia apabila berjaya memenangi pingat emas bagi Acara Lompat Jauh T20.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latif terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
[TERKINI] Paralimpik 2020 | Abdul Latif Romly sumbang emas ketiga
Paralimpik Tokyo | Liek Hou sumbang emas kedua buat negara
Biarpun cedera ketika lompatan kelimanya, Abdul Latif menyumbangkan pingat emas ketiga kepada Keluarga Malaysia dan merupakan pemegang rekod dunia lompatan sejauh 7.64 meter (m) di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Astro AWANI akan menyiarkan secara langsung ketibaan Abdul Latif dan Liek Hou di saluran 501, aplikasi live tv dan semua platform media sosial.
Pingat Emas | Bapa Abdul Latif bayar nazar