Abang Sallehuddin dilantik semula KP DBP
Bernama
November 29, 2021 05:00 MYT
November 29, 2021 05:00 MYT
KUALA LUMPUR: Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkuat kuasa pada Isnin.
DBP menerusi catatan di akaun rasmi Facebooknya mengumumkan perkara itu semalam sambil merakamkan ucapan tahniah.
"Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. Selamat kembali menerajui institusi keramat perjuangan bahasa," menurut catatan itu.
Abang Sallehuddin pertama kali dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP pada 2019.
-- BERNAMA