Abang perkosa tiga adik kandung direman 7 hari

Astro Awani
Julai 22, 2017 13:48 MYT
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. - Foto Astro AWANI
Mahkamah Majistret Sungai Petani membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap remaja yang dipercayai merogol tiga adik kandungnya sendiri.
Majistret Arif Mohamad Shariff membenarkan permohonan reman pihak pendakwa untuk siasatan lanjut.
Semalam, polis menahan suspek berusia 18 tahun itu selepas ibunya membuat laporan polis suspek melakukan hubungan seks dengan adiknya yang berusia lapan tahun.
Perbuatan berkenaan dilakukan di sebuah rumah kosong bersebelahan kediaman mereka di Kampung Baru Pulau Tiga di Sungai Layar, Sungai Petani, pada petang Rabu.
BACA: Abang durjana: Remaja ditahan, didakwa 'rogol' tiga adik sendiri
Suspek turut dipercayai melakukan perbuatan sama terhadap dua lagi adik perempuannya yang berusia sembilan dan 14 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
#adik kandung #Mahkamah Majistret #remaja #reman #rogol #sumbang mahram #Sungai Petani
;