Abang Menteri Besar Negeri Sembilan meninggal dunia

Astro Awani
Julai 21, 2021 02:48 MYT
Ismail Harun (kanan) meninggal dunia kira-kira jam 1.04 minit pagi tadi. -Facebook MB Selangor
KUALA LUMPUR: Abang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meninggal dunia kira-kira jam 1.04 minit pagi tadi.
Ismail Harun, 75, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia dan akan dikebumikan di Kampung Sawah, Chuah, Port Dickson.
“Saya dan Allahyarham memang rapat sejak kami kecil.
"Terlalu banyak kenangan yang dikongsi sepanjang hayat kami.
“Saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga dosanya diampuni, serta rohnya dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” kata Aminuddin di status yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Rabu.
Sumber Facebook dsaminuddinharun
#abang #Menteri Besar Negeri Sembilan #Aminuddin Harun #Negeri Sembilan #Malaysia #meninggal dunia