Sambutan hari Deepavali buat sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang lelaki yang disyaki dalam keadaan mabuk membunuh abangnya dengan serpihan kaca pinggan pecah ketika bergaduh di rumah keluarga mereka dekat Jalan Permai, Padang Rengas pada malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq berkata, mangsa, K. Gopal, 42 maut di tempat kejadian ekoran kecederaan di tengkuk dan kening kiri selepas adiknya membaling objek berkenaan ketika mereka berdua berperang mulut.
Menurut beliau, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek yang sedang makan di ruang tamu mendakwa telah ditampar oleh abangnya sehingga menyebabkan pinggan kaca yang dipegangnya terjatuh dan pecah.
“Suspek kemudiannya bertindak membaling serpihan pinggan tersebut ke arah abangnya itu menyebabkan kecederaan di tengkuk dan leher..ketika pihak perubatan datang mereka sahkan si abang telah mati.
“Kedua-dua mereka bekerja sebagai kelindan lori,” katanya pada satu sidang media khas di pekarangan bilik forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini pada Ahad.
Tambah beliau, ketika kejadian enam anggota keluarga termasuk ibu, adik perempuan dan lelaki serta adik ipar mangsa berada di dalam rumah berkenaan.
“Ahli keluarga mengatakan adik beradik ini memang duduk serumah dengan ibu mereka dan memang sering bergaduh cuma tak sangka sehingga ke tahap ini," ujarnya.
Beliau turut memberitahu suspek telah direman selama lima hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 30 2016
Suspek telah direman selama lima hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Bunuh: Remaja tikam jantung abang selepas bertengkar ditahan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai membunuh abangnya dengan menikam pada bahagian jantung selepas bertengkar di rumah mereka di Taman Mahkota, Kulim pada Isnin.
Bunuh, simen abang kerana pakai baju pemberian teman wanita
Siasatan awal polis mendapati suspek bertindak demikian selepas berang dengan tindakan mangsa yang memakai baju pemberian teman wanitanya.