Abang Johari disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Sarawak bermula
Fadilah Sulaiman
Februari 26, 2021 15:54 MYT
Februari 26, 2021 15:54 MYT
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer, BioNTech.
Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.
Abang Johari menerima suntikan Klinik Kesihatan Petra Jaya Kuching pada jam 3.05 petang, pada Jumaat.
Ia kemudiannya disusuli Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.
Mereka turut diberi taklimat penerimaan vaksin dan menandatangani borang persetujuan serta kebenaran vaksin.
#Abang Johari vaksin
#vaksin COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Sarawak
#Abang Johari divaksin
#Klinik Kesihatan Petra Jaya
#vaksin