Aaron, Armizan dan Zaliha ucap Selamat Menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu

Bernama
Januari 24, 2024 05:45 MYT
Aaron Ago Dagang mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.
Hantaran ucapan ringkas tersebut dimuat naik oleh beliau menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
"Semoga sambutan ini dapat terus mengukuhkan hubungan kebersamaan antara rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.
"Kita harus ingat bahawa kepelbagaian adalah kekuatan keharmonian di negara ini," katanya.
Ucapan perayaan Thaipusam turut dimuat naik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi Facebook masing-masing.
"Dalam semangat kebersamaan, kita boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang agama dan kepercayaan. Hari Thaipusam ini juga memberi kita peluang untuk menghargai keunikan setiap tradisi di Malaysia.
"Bersama-sama kita bina sebuah masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai keharmonian dan kepelbagaian. Selamat Hari Thaipusam!," kata Zaliha. - BERNAMA
#Hari Thaipusam #Aaron Ago Dagang #penganut hindu #Selamat Hari Thaipusam
;