983 individu tiba di pintu masuk negara, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Astro Awani
Mac 8, 2021 09:27 MYT
Ismail menjelaskan, secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 140,154 individu telah pulang ke tanah air. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 983 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 140,154 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 80 hotel dan
11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
Berikut lima tumpuan utama kenyataan media Ismail pada Isnin.
1) Penamatan awal Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 Dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang yang dijadualkan tamat pada 15 Mac kepada hari ini.
2) Seramai 517 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 513 dikompaun dan empat direman.
3) Op Benteng telah menangkap 33 orang PATI dan merampas empat buah kenderaan darat.
4) Sebanyak 87 operasi sanitasi dilakukan meliputi 27 zon merah, empat zon jingga, 11 zon kuning dan tiga zon hijau di seluruh negara.
5) Seramai 3,629 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 56 orang didapati positif pandemik.
BACA: 1,529 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini, terendah pada 2021 - KP Kesihatan
#Felda #SOP #COVID-19 #warga asing #PKPD #pati #hotel #ismail sabri yaakob #ujian saringan