97% komputer Windows yang terkesan oleh masalah Crowdstrike berjaya dipulihkan

Amanz
Julai 26, 2024 05:12 MYT
Impak gangguan Crowdstrike adalah sangat besar dengan ia dianggarkan mengakibatkan kerugian AS$52 bilion pada syarikat Fortune 500 di Amerika.
MINGGU lalu pepijat pada kemas kini perisian Crowdstrike menyebabkan 8.5 juta komputer Windows mengalami gangguan di peringkat global.
PC menunjukkan skrin BSOD dan tidak boleh digunakan langsung. Akibatnya perkhidmatan penerbangan, perbankan, perbankan, pengangkutan dan penyiaran terganggu.
Selepas seminggu, kini 97% komputer Windows yang terkesan berjaya dipulihkan menurut CEO Crowdstrike George Kurtz menerusi laman LinkedIn beliau.
Impak gangguan Crowdstrike adalah sangat besar dengan ia dianggarkan mengakibatkan kerugian AS$52 bilion pada syarikat Fortune 500 di Amerika.
Di Malaysia, 14 syarikat terkesan iaitu lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat dalam industri penerbangan, perbankan dan perubatan.
AirAsia dan KTM adalah antara syarikat yang mengesahkan berlaku gangguan pada sistem yang digunakan oleh mereka untuk menguruskan penumpang.
Menteri Digital Gobind Singh Deo mengatakan kerajaan akan membantu syarikat terkesan mendapatkan pampasan daripada Microsoft dan Crowdstrike akibat gangguan yang berlaku. -Amanz
#Microsoft #Crowdstrike #george kurtz #komputer Windows