952 ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini

Umavathi Ramayah
Jun 5, 2021 11:07 MYT
Seramai 252 ditahan kerana tidak memakai pelitup muka sementara 176 individu lagi gagal merekodkan butiran diri ketika memasuki premis. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 952 individu ditahan termasuk 81 daripada mereka direman kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 252 ditahan kerana tidak memakai pelitup muka sementara 176 individu lagi gagal merekodkan butiran diri ketika memasuki premis.
Berikut adalah lima fokus utama kenyataan media beliau, hari ini:
1. Sebanyak 952 individu ditahan termasuk 81 direman kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP).
2. Tujuh lokaliti di Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
3. Tiga lokaliti di Pahang dan Sabah ditamatkan PKPD.
4. Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada Malaysian Government Call Centre (MyGCC) menerusi talian 03-80008000, 80008000@mygcc.gov.my atau emel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my jika ada premis perniagaan atau kilang ingkat arahan kerajaan.
5. Sebanyak 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, lapan bot dirampas menerusi Ops Benteng.
#ismail sabri yaakob #Ops Benteng #aduan #majikan #kilang #Premis perniagaan #ingkar SOP #PKP