900 juta rakyat India keluar mengundi hari ini

Agensi
April 11, 2019 10:08 MYT
Parti berhaluan nasionalis Hindu pimpinan Modi, Parti Janata Bharatiya sebelum ini menang pilihan raya bersejarah pada 2014. - Foto REUTERS
900 juta pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya terbesar di dunia bermula hari ini di India.
Proses demokrasi kali ini, dilihat sebagai pungutan suara kepada kepimpinan perdana Menteri, Narendra Modi.
Daripada 900 juta pengundi berdaftar, 15 juta adalah pengundi muda berusia 18 hingga 19 tahun.
Pilihan raya ini akan berlangsung dalam tujuh fasa dan keseluruhannya mengambil masa selama 39 hari dengan sejuta pusat pengundian dibuka.
Pengundian untuk fasa pertama akan berlangsung di 91 kawasan Parlimen di 20 negeri bagi merebut 543 kerusi.
Fasa terakhir, adalah untuk memilih anggota dewan rendah Parlimen sehingga 19 Mei nanti.
Keputusan hanya akan diumumkan pada 23 Mei.
Parti berhaluan nasionalis Hindu pimpinan Modi, Parti Janata Bharatiya sebelum ini menang pilihan raya bersejarah pada 2014.
Bagi proses kali ini, beliau berdepan tentangan sengit daripada Parti Kongres diterajui Rahul Gandhi yang membuat penampilan semula.
#India #India memilih #Narendra Modi #Parti Janata Bharatiya #Parti Kongres #Perdana Menteri #pilihan raya #pilihan raya india #Rahul Gandhi
;