DUNGUN: Seramai 90 pelajar tahfiz dan enam guru Madrasah Darul Bayan Pondok Pinang Merah berdepan detik cemas apabila madrasah mereka yang terletak berhampiran Sungai Paka, di sini dinaiki air secara mendadak dalam kejadian pada 20 Dis lepas.
Mudir madrasah Zulkifli Ilyas, 38, berkata ketika kejadian kesemua pelajar yang terdiri daripada 50 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga 18 tahun serta guru mereka, baru selesai solat Subuh di Masjid Kampung (Kg) Pinang Merah dan mendapati air dari Sungai Paka melimpah dan naik mendadak.
"Keadaan itu menyebabkan ada dalam kalangan pelajar terpaksa mengharung air di paras lutut untuk kembali ke madrasah yang terletak bersebelahan masjid bagi menyelamatkan barangan mereka dan rakan-rakan yang lain.
"Pada masa yang sama, pelajar yang lebih dewasa turut tolong mengawasi adik-adik pelajar yang lebih muda dan usaha pemindahan pelajar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kg Nyior, terus dilakukan secara berperingkat menggunakan bot madrasah," katanya ketika ditemui Bernama di PPS berkenaan.
Katanya sehingga pukul 8 pagi, paras air terus meningkat sehingga sedalam 1.22 meter dengan arus deras sehingga beberapa batang pokok yang terletak berhampiran dengan madrasah itu tumbang dan mengenai kotak fius elektrik
Keadaan itu menyebabkan Zulkifli terpaksa melarang pelajar kembali ke madrasah untuk mengelakkan kemungkinan mereka terkena renjatan arus elektrik.
Beliau turut menyifatkan banjir pada tahun ini terburuk berbanding banjir besar pada 2004 dan 2014 yang melanda kawasan itu.
"Banjir sebelum ini naik ke paras pinggang, tetapi pada tahun ini meningkat ke paras dada... Alhamdulilah, tiada apa-apa kemalangan menimpa kami. Kenderaan guru-guru juga dapat diselamatkan, cuma ada sebahagian perabot sekolah tidak sempat untuk selamatkan," katanya.
Selain itu, Zulkifli berkata banjir kali ini menyebabkan pihak madrasah mengalami kerugian ini lebih bernilai RM30,000 melibatkan kerosakan pada enam rumah guru dan 34 pondok pelajar.
Sementara itu salah seorang pelajar, Hafiz Akmal Shaari, 18, berkata ketika kejadian, dia bersama seorang lagi rakannya hanya mampu bertawakal kepada Allah dengan berharap semuanya selamat semasa membantu memindahkan rakan-rakan pelajar aliran rendah ke PPS.
"Ketika itu kami berdua terpaksa memberanikan diri untuk mengayuh bot mengharungi arus deras dengan berulang alik beberapa kali bagi menghantar adik-adik pelajar yang lain ke pusat pemindahan yang terletak kira-kira enam kilometer dari madrasah.
"Alhamdulillah semua selamat dan ia menjadi pengalaman yang tidak dapat akan saya lupakan selamanya," katanya yang masih ditempatkan di PPS bersama rakan pelajar lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2022

Pelajar tahfiz membersihkan asrama pelajar Madrasah Darul Bayan, Pondok Pinang Merah Paka selepas kawasan berkenaan dinaiki air hari ini. - Foto BERNAMA
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.

Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.

4 pelajar tahfiz di Datuk Keramat hilang sejak Selasa
Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini hilang selepas keluar dari pusat itu, Selasa lalu.

Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.

Wujudkan garis panduan jemputan pelajar tahfiz ke program luar - PITAS
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.

Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.

Polis Serdang santuni 30 pelajar tahfiz sempena Ramadan, Aidilfitri
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar terima pelbagai bentuk sumbangan, antaranya baju raya.

Pelajar tahfiz kongsi pengalaman jadi imam di kampung Orang Asli
Dua pelajar Tahfiz memperoleh pengalaman berbeza apabila terpilih menjadi imam di Kampung Orang Asli Sungai Gapes, Sahom, sepanjang bulan Ramadan kali ini.