90 kilang diarah tutup dalam tempoh total lockdown

Raja Hisyam Raja Zaid
Jun 16, 2021 19:12 MYT
Pada 15 Jun, sebanyak 1,428 pemeriksaan pematuhan harian telah dilaksanakan dengan 22 kompaun dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 kilang telah diarahkan tutup melalui operasi pematuhan dalam tempoh total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilakukan sejak 1 sehingga 14 Jun 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata secara keseluruhan, sejak 14 Januari 2021 pula, sebanyak 24,834 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa.
“Sehingga kini, (secara keseluruhan) 143 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup (sejak 14 Januari 2021).
"Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 13 Mei 2020 telah melaksanakan sebanyak 597,252 pemeriksaan dan telah mengeluarkan sebanyak 414 kompaun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada 15 Jun, sebanyak 1,428 pemeriksaan pematuhan harian telah dilaksanakan dengan 22 kompaun dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP.
#ismail sabri yaakob #SOP #perintah kawalan pergerakan #kilang #diarah tutup #total lockdown
;