GEORGE TOWN: Sebanyak 90 buah keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di Ladang Byram, Nibong Tebal sejak 12 Januari lalu akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Negeri.
Perkara itu maklumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu sidang media di George Town pada Sabtu.
Jelas beliau, mereka terdiri daripada 38 buah keluarga yang tinggal di Ladang Byram dan 52 buah keluarga dari Kampung Kebun Baru.
"Pejabat Daerah dan Tanah dan Jawatankuasa Bencana telah mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri... diputuskan bantuan bencana sebanyak RM1,000 akan disalurkan kepada penduduk yang diminta untuk keluar dari penempatan masing-masing iaitu 38 buah keluarga dari Ladang Byram dan 52 buah dari Kampung Kebun Baru akan.
"Bantuan bencana RM1,000 itu adalah untuk membantu mereka atas kesulitan yang mereka hadapi," jelasnya.
Beliau berkata, wang bantuan bencana itu akan mula diagihkan kepada penduduk mulai minggu hadapan.
Katanya, wang bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban semua mangsa yang terlibat bagi menampung perbelanjaan mereka sepanjang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Buat masa ini, katanya semua penduduk masih belum dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing walaupun tahap pencemaran udara di kawasan sekitar tapak pelupusan itu dilaporkan bertambah baik.
Mereka diarah mengosongkan rumah sejak Ahad lalu selepas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah itu terbakar yang dikhuatiri mendedahkan penduduk kepada gas beracun.
Sementara itu, Kon Yeow turut memaklumkan sembilan daripada 10 buah sekolah yang sebelum ini diarah tutup selama tiga hari dibenarkan beroperasi semula seperti biasa mulai Isnin ini.
Katanya, hanya sebuah sekolah yang masih diarah tutup iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram berikutan sekolah itu terletak paling hampir dengan kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jan 22 2022
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, mereka terdiri daripada 38 buah keluarga yang tinggal di Ladang Byram dan 52 buah keluarga dari Kampung Kebun Baru. - Astro AWANI
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, penduduk berhampiran mula berpindah
Penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini susulan arahan dikeluarkan pihak berkuasa demi keselamatan dan kesihatan mereka.