9 nyaris maut 4WD terbabas lalu terbalik di Sandakan
Radhi Muslim
Jun 29, 2019 15:15 MYT
Jun 29, 2019 15:15 MYT
Sembilan individu nyaris maut apabila pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Cecily kira-kira jam 9.55 pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sandakan, Jimmy Lagung berkata kenderaan dinaiki mangsa berumur 14 hingga 45 tahun yang sedang dalam perjalanan ke arah Tanah Merah, dekat sini, terbabas ke bahu jalan lalu terbalik.
Katanya, lapan mangsa dihantar orang awam ke Hospital Duchess of Kent, di sini, sebelum ketibaan bomba.
Seorang lagi mangsa pula diberikan rawatan awal oleh anggota pasukan perkhidmatan kecemasan penyelamat perubatan (EMRS) di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.
Kesemua mangsa dilaporkan selamat setakat ini.
#EMRS
#JBPM Sandakan
#Jimmy Lagung
#pacuan empat roda
#perkhidmatan kecemasan penyelamat perubatan
#rawatan awal