841 ingkar SOP ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Raja Hisyam Raja Zaid
Jun 16, 2021 19:31 MYT
Jun 16, 2021 19:31 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 841 individu ditahan polis dalam tempoh 24 jam lalu kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, daripada jumlah itu seramai 20 individu direman manakala 821 lagi dikompaun.
Berikut ialah lima perkara tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan hari ini:
1. 821 individu dikompaun manakala 20 lagi individu direman pada Selasa.
2. 90 kilang diarah tutup dalam tempoh total lockdown.
3. 143 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup sejak 14 Januari 2021.
4. 13 Lokaliti Sekitar Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang tamat PKPD 17 Jun 2021.
5. Mukim Pekan, Kunak serta SMU Pantai Manis, Papar, Sabah tamat PKPD pada 17 Jun 2021.