84 pendatang Indonesia diusir

Bernama
Januari 23, 2020 05:53 MYT
Seramai 84 tahanan Indonesia diusir pulang ke negara asal pada Khamis melalui pelabuhan Tawau. - Gambar fail
Seramai 84 tahanan Indonesia diusir pulang ke negara asal pada Khamis melalui pelabuhan Tawau.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Saleha Habib berkata pelaksanaan pengusiran melalui laut itu memasuki siri ke-tujuh pada tahun ini, dan membabitkan penghantaran pendatang haram warga Indonesia dan Filipina.
"Pengusiran pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah pendatang yang dihantar pulang sepanjang Januari ini mencecah 1,215 orang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya tindakan itu menjadikan jumlah keseluruhan pendatang yang diusir dari Sabah adalah 592,206 orang, sejak 1990.
"Penghantaran pulang ini dibantu dengan komitmen tahap tertinggi oleh Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan dan pelbagai agensi lain," katanya
Beliau berkata semua agensi terlibat komited membantu menjayakan proses pengusiran demi menunaikan amanah dan kepercayaan rakyat yang tidak inginkan kebanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia khususnya Sabah.
-- BERNAMA
#Indonesia #Majlis Keselamatan Negara #MKN Sabah #pendatang #penghantaran pulang #pengusiran #Sabah #Sh Sitti Saleha Habib #Tawau
;