82 lagi kematian, ini 5 perkara penting kenyataan KKM hari ini
Hilmi Malik
Jun 25, 2021 18:03 MYT
Jun 25, 2021 18:03 MYT
KUALA LUMPUR : Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini kini meningkat kepada 4,803 kes selepas 82 kes kematian dilaporkan sejak 24 jam yang lalu.
Berikut tumpuan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 25 Jun.
1. 5,812 kes baharu, keseluruhan kes kini 722,659 kes.
2. 82 kes kematian baharu, jumlah kumulatif 4,803 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 60,117 kes.
4. 870 kes sedang dirawat di ICU, 433 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. 6,775 kes pulih baharu, keseluruhan kes pulih kini 657,739.