80 penjawat awam ditahan terbabit rasuah lima bulan pertama 2014 - SPRM

Bernama
Jun 17, 2014 04:47 MYT
Jumlah itu menunjukan peningkatan berbanding 65 tangkapan dalam tempoh sama tahun lepas
Sebanyak 80 penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan rasuah bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Menurut laman web rasmi SPRM, jumlah itu menunjukan peningkatan berbanding 65 tangkapan dalam tempoh sama tahun lepas.
Kumpulan sokongan merupakan golongan yang paling ramai ditahan iaitu 67 orang diikuti kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak 13 orang.
Tiada penjawat awam daripada kumpulan pengurusan tertinggi ditahan, menurut laman web berkenaan.
Dalam tempoh sama, SPRM juga menahan 127 orang awam dengan 36 orang daripadanya merupakan pekerja sektor swasta.
#kerajaan #penjawat awam #Rasuah #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia