80 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri

Astro Awani
Mac 27, 2021 19:23 MYT
Polis Diraja Malaysia menahan 80 individu semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan dengan 79 dikompaun manakala seorang lagi direman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 80 individu semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 79 dikompaun manakala seorang direman.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran diri dan pelanggan membabitkan 26 orang, manakala tidak memakai pelitup muka seramai 17 individu.
Sementara itu, sembilan kes turut direkodkan atas kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta tiada penjarakan fizikal dan lain-lain pula masing-masing empat dan satu kes, tambah Ismail Sabri.
Mengenai Operasi Benteng pula, Ismail Sabri berkata, seramai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap semalam, manakala enam masing-masing kenderaan darat dan bot turut dirampas.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa juga mengesan 48 buah bot atau kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan.
Seramai 12 orang PATI turut diusir melalui satu aktiviti pengusiran.
#PDRM #PKP #Ismail Sabri #ingkar SOP #Operasi Benteng #rentas negeri #ismail sabri yaakob #SOP #perintah kawalan pergerakan #pelitup muka #Polis Diraja Malaysia #COVID-19
;