80% bedah siasat atas mayat pengganas Sulu lengkap

T K Letchumy Tamboo
Mac 17, 2013 19:07 MYT
Hampir 80 peratus daripada bedah siasat ke atas mayat pengganas Sulu yang terbunuh dalam operasi Ops Daulat telah dilengkapkan.
Semasa membuat pengesahan ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini 62 orang pengganas Sulu itu telah Berjaya ditembak mati.
“Ye, kami telah menyiapkan hamper 80 peratus bedah siasat ke atas mayat-mayat yang telah dibawa keluar,” kata beliau semasa satu sidang media di Felda Sahabat.
Pada 15 Mac, Hamza berkata bahawa mayat-mayat itu akan dekebumikan mengikut cara Islam sekiranya Filipina tidak menuntut mayat-mayat tersebut.
Beliau telah berkata bahawa Filipina hanya mempunyai tiga hari untuk membuat keputusan untuk menuntut mayat-mayat itu dan pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada duta Filipina untuk bertanya tentang keputusan negara itu.
Pada sidang media yang sama, Hamza berkata setakat ini seramai 104 orang telah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) manakala 241 orang lagi telah ditahan dibawah Akta-Akta lain.
Pada pagi ini, Hamza berkata anggota keluarga Jamalul Kiram adalah antara 104 orang yang ditahan di Sosma.
Beliau berkata anggota keluarganya menggunakan nama yang berbeza di Malaysia dan Filipina.
#Datuk Hamza Taib #Jamalul Kiram #Lahad Datu #SOSMA
;