8 wilayah, negeri mulakan fasa kedua imunisasi 19 April ini
Fareez Azman
April 5, 2021 14:29 MYT
April 5, 2021 14:29 MYT
PUTRAJAYA: Lapan negeri dan wilayah akan memulakan fasa kedua Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini.
Menurut Menteri Penyelaras Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin negeri dan wliayah yang terlibat ialah Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kita bersedia memulakan fasa kedua ini pada 19 April,” kata Khairy.
Fasa kedua program imunisasi di negeri lain akan dimulakan beberapa hari kemudian.
[TERKINI] Sidang media perkembangan PICK
Tambah Khairy, penerima vaksin fasa kedua itu akan menerima notifikasi janji temu untuk janji temu untuk pemberian vaksi melalui aplikasi MySejahtera bermula hari ini.
"Penghantaran notifikasi akan dibuat sekurang kurangnya 14 hari sebelum tarikh janji," kata Khairy dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di sini pada Isnin.
“Peringatan akan dihantar kepada penerima vaksin tiga hari dan sehari sebelum janji temu, melalui sistem pesanan ringkas (SMS dan juga panggilan daripada pusat panggilan,” kata Khairy.
Beliau turut mengingatkan kepada penerima vaksin agar menghadiri janji temu yang telah disahkan kehadiran untuk mengelakkan daripada pembaziran vaksin COVID-19.
"Kehadiran diwajibkan dan kita telah membuat perancangan rapi untuk menghantar vaksin ke setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Saya berharap orang ramai dapat hadir pada masa tarikh dan tempat janji temu ditetapkan.
"Orang ramai akan menerima option untuk setuju atau tidak hadir apabila janji temu diberikan, apabila mereka jawab akan hadir, harap mereka akan hadir jika tidak vaksin itu akan bazirkan kerana vaksin itu bila keluar dari peti sejuk tidak boleh dimasukkan balik," katanya lagi.
Sejumlah 1,229,855 penerima vaksin berdaftar terdiri dari warga emas, 1,741,935 (komorbiditi) dan 115,249 (golongan OKU).
Yang turut hadir di ialah Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.
#Khairy Jamaluddin
#program vaksinasi
#COVID-19
#warga emas
#PICK
#Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan
#Dr Adham Baba