8 kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Delta Nil

Bernama
Mei 1, 2022 12:45 MYT
Tinjauan dari udara kawasan sekitar Sungai Nile. - Foto REUTERS
KAHERAH: Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut pada Sabtu apabila sebuah kenderaan penumpang roda tiga terbalik dan tenggelam di saluran pengairan di wilayah Delta Nil, Beheira, Mesir kata pihak pendakwaraya awam negara itu dalam satu kenyataan.
Mangsa antara 12 penumpang yang menaiki beca dalam perjalanan pulang dari kerja di sebuah kilang di sebuah bandar di Beheira, utara ibu kota Kaherah.
Empat yang lain terselamat dalam kemalangan itu, lapor Agensi Berita Xinhua.
Pihak pendakwa menahan dan menyoal siasat pemandu beca berusia 19 tahun itu atas tuduhan membunuh tanpa sengaja dan membawa kenderaan tidak dibenarkan dan tidak dilesenkan dalam keadaan berbahaya.
Dia juga disyaki terlibat dalam pemerdagangan manusia dan menggunakan buruh kanak-kanak.
-- BERNAMA
#buruh kanak-kanak #kemalangan #kilang #Delta Nil
;