7CAFé oleh 7-Eleven perkenal menu baharu sedia dimakan

Faida Rahim
Jun 28, 2024 09:30 MYT
Jason Koven berkata, pihaknya memfokuskan kepada menu harga berpatutan, cita rasa lokal dan makanan berkualiti tinggi, ketika ditemui di 7CAFé Puchong pada Selasa. - Foto 7CAFé by 7-11
PUCHONG: 7CAFé oleh 7-Eleven kini memperkenalkan menu baharu sedia dimakan (RTE) dengan bahan segar dan berkualiti tinggi.
Pengurus besar bahagian makanan segar dan penjagaan kualiti 7-Eleven, Jason Koven memaklumkan 7CAFé menyajikan pilihan menu sesuai dengan pilihan gaya hidup semasa.
"Kami baru sahaja melancarkan 12 hidangan RTE baharu, yang mana pastinya tumpuan kami pada harga mampu milik pek makanan itu sendiri. Harga dalam lingkungan RM5.90 sehingga RM8.90.
"Dengan harga RM5.90 contohnya, anda akan dapat pek Nasi Goreng Kampung. Tahap kedua ialah pada harga RM6.90 hingga RM7.90.
"Ia akan menjadi hidangan dua bahagian iaitu nasi putih dan protein. Yang ketiga ialah hidangan tiga bahagian, mengandungi nasi putih, protein dan sayur-sayuran.
"Jadi, ini pada asasnya memenuhi keperluan kesemua rakyat Malaysia di luar sana.
"Apa yang kami usahakan ialah fokus kepada menu harga berpatutan, cita rasa lokal dan makanan berkualiti tinggi," katanya ketika ditemui di 7CAFé Puchong pada Selasa.
Antara menu RTE yang menjadi pilihan ramai dan mesti dicuba di 7CAFé oleh 7-Eleven adalah Nasi Goreng Kampung berharga RM5.90, Nasi Ayam Pad Kra Pao RM6.90, Nasi Ayam Masam Manis RM8.90 dan Pasta Keju Pedas RM7.90.
Tambah Jason, kesemua menu sedia dimakan turut mengetengahkan cita rasa pilihan rakyat Malaysia.
Antara menu lain tersedia di lebih 700 7CAFé oleh 7-Eleven dan rangkaian 7-Eleven terpilih di seluruh negara termasuk Nasi Goreng Balado dan Nasi Goreng Telur berharga RM5.90, Nasi Ayam Paprik dan Nasi Ayam Nyonya berharga RM6.90, Pasta Budae Jigae, Nasi Ayam Kong Pao, Nasi Ayam Kam Heong dan Nasi Ayam Kari berharga RM8.90.
#menu sedia dimakan #Jason Koven #7-Eleven #7CAF
;