78 individu ingkar SOP ditahan, ini lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri

Astro Awani
April 10, 2021 19:21 MYT
Ismail berkata, seramai 10 individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 78 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPP di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 74 dikompaun dan empat lagi direman.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Sabtu;
1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa 11 April sehingga 24 April 2021.
2. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Bahagian Mukah, Sarawak, bermula dari 11 April hingga 24 April 2021.
3. PKPD Politeknik Mukah, Bahagian Mukah, Sarawak, Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak, Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah dan Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu,
Sabah.
4. Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
5. Operasi Benteng telah menangkap 49 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 13 buah kenderaan darat.
#SOP #PKP #PKPB #PKPD #Lahad Datu #PKPP #pati
;