IPOH: Hujan lebat berterusan beserta ribut yang berlaku di Taman Meru 2C, di sini, petang semalam telah menjejaskan sekurang-kurangnya 77 buah keluarga.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hujan lebat lebih dua jam turut menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kawasan sekitar Ipoh dilanda banjir kilat.
Ekoran daripada itu, katanya, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Serbaguna MBI Taman Meru dan Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta.
“Susulan itu, satu mesyuarat melibatkan pelbagai agensi negeri dan Persekutuan telah diadakan pagi tadi untuk menyelaras bantuan dan kerja-kerja pasca bencana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada enam keluarga di Kampung Sri Kinta, hari ini.
Menurutnya, antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti pembersihan kawasan terjejas akibat ribut atau banjir, mengedarkan borang bantuan bencana dan penyaluran bantuan wang ihsan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta pertubuhan bukan kerajaan.
“Tumpuan Kerajaan Negeri pada masa ini ialah untuk membaiki rumah yang rosak teruk seperti sebahagian besar bumbung rumah diterbangkan ribut.
“Pada masa ini, kerja-kerja penilaian sedang giat dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta,” ujarnya.
Beliau berkata, bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit, kerajaan negeri menyalurkan bantuan wang ihsan sebanyak RM300 seorang manakala usaha sedang dibuat bagi menyelaraskan bantuan-bantuan lain termasuk dari NADMA (RM1,000) dan Tabung Musa’adah Madani Jakim.
Menurutnya, beliau dimaklumkan Pejabat Parlimen Tambun dan Pejabat ADUN Hulu Kinta juga telah membuat langkah awal dengan menggantikan terus bumbung rumah yang kerosakannya pada tahap minima selain mengedarkan kanvas untuk menutup sementara bumbung yang rosak.
Katanya, banjir kilat yang berlaku adalah disebabkan oleh hujan lebat luar biasa dan sistem perparitan tidak mampu menampung air yang banyak.
Sehubungan itu, katanya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang dan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko banjir kilat.
“Dalam masa sama, saya menasihatkan orang rumah supaya turut membantu menyelenggara longkang di sekitar rumah mereka untuk mengelakkannya tersumbat,” kata Menteri Besar.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Nov 14 2023

Saarani ditemui ketika menyampaikan bantuan kepada enam keluarga di Kampung Sri Kinta, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Persiapan Tahun Baharu Cina musnah, ratusan rumah rosak akibat puting beliung di Ipoh
Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di sini petang tadi.