763 PATI Filipina diusir pulang
Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
Disember 11, 2019 09:50 MYT
Disember 11, 2019 09:50 MYT
Seramai 763 pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina diusir pulang ke negara asal mereka dari Sabah melalui Pelabuhan Sandakan, pada malam Selasa.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata semua PATI berkenaan berumur di antara satu bulan dan 99 tahun.
Menurutnya, seramai 452 yang diusir adalah lelaki, 212 wanita dan 99 kanak-kanak.
“Semua PATI yang diusir pulang ke negara asal mereka kali ini adalah dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan dan Papar.
“Mereka akan dihantar terus ke Zambonga, Filipina dengan menggunakan kapal,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa malam.
Tambahnya, pada 12 Disember ini, seramai 119 PATI Indonesia pula akan diusir keluar melalui Pelabuhan Tawau.
#diusir pulang
#Filipina
#Majlis Keselamatan Negara
#pati
#Pelabuhan Sandakan
#pendatang asing tanpa izin
#Sh Sitti Saleha Habib Yussof