763 ditahan ingkar PKPP di hujung minggu, ini lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri

Isabelle Leong
September 14, 2020 14:58 MYT
Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Isnin (14 September). - gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 763 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.
Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (14 September):
1) Daripada 763 yang ditahan, seramai 746 individu telah dikompaun manakala 17 lagi direman.
2) Aktiviti kelab malam dan pub masih mencatatkan jumlah ditahan paling tinggi dengan 608, diikuti aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal (63) dan acara keraian tertutup (27).
3) Kawalan di sempadan juga terus diperketat dengan 71 pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang penyeludup dan tiga tekong ditangkap menerusi Operasi Benteng.
4) 28,508 individu dari 32 negara pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga 13 September.
5) Daripada jumlah itu, seramai 10,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 69 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
#ditahan #ismail sabri yaakob #Malaysia #pati #PDRM #pendatang asing tanpa izin #perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPP #Polis Diraja Malaysia
;