76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
Astro Awani
September 16, 2021 10:31 MYT
September 16, 2021 10:31 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh Malaysia sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu, penerima dos pertama adalah sebanyak 92.5 peratus (21,719,553 orang).
Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat Rabu adalah sebanyak 39,483,116 dos.
Dalam pada itu, jumlah vaksinasi harian pada Rabu adalah 248,810 dos.
Ia melibatkan 68,534 dos pertama dan 180,278 dos kedua.
Dalam tempoh 24 jam itu, Johor merekodkan angka penerima dos kedua tertinggi dengan 33,058 dos, diikuti Kedah (19,074 dos), Kuala Lumpur (17,452 dos) dan Selangor (17,148 dos).
#bekalan vaksin
#COVID-19
#dos kedua
#dos pertama
#infografik
#Malaysia
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#Twitter