75 peratus kanak-kanak terdedah kandungan unsur lucah

Shafizan Johari, Nasrul Hafiz
Ogos 10, 2017 06:18 MYT
Hanya 6.4 peratus yang melaporkannya kepada ahli keluarga. - Gambar fail
Hasil tinjauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menunjukkan 75 peratus daripada kanak-kanak Malaysia pernah terdedah dengan kandungan yang ‘tidak sesuai’ yang kebanyakannya berunsur lucah.
Daripada jumlah itu, majoritii kanak-kanak yang terlibat dalam kajian berkenaan menyatakan segera meninggalkan kandungan terbabit.
Hanya 6.4 peratus yang melaporkannya kepada ahli keluarga.
#info #Kajian #Kanak-kanak #SKMM #tidak sesuai #unsur lucah