75 kakitangan kilang sarung tangan berdepan detik cemas
Astro Awani
Ogos 24, 2018 06:20 MYT
Ogos 24, 2018 06:20 MYT
75 kakitangan sebuah kilang membuat sarung tangan di Sungai Buloh berdepan detik cemas pada Jumaat apabila kilang itu terbabit dalam satu kejadian kebakaran.
Kebakaran berlaku ketika kilang sedang beroperasi lewat petang Jumaat.
Menurut Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang, kebakaran di premis yang terletak di kawasan Industri Bukit Rahman Putra Sungai Buloh itu dilaporkan berlaku jam 6.50 petang.
Katanya lima jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan.
Dengan kekuatan 50 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Sungai Buloh, Selayang, Kota Anggerik, Hang Tuah, Saujana Utama, Sentul dan Sri Serdang, api berjaya dikawal pada jam 8.17 malam sebelum dipadam sepenuhnya kira jam 10.31 malam.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.