735 ditahan ingkar PKP - Ismail Sabri

Fareez Azman
Jun 26, 2021 20:16 MYT
Ismail Sabri berkata, seramai 705 dikenakan kompaun manakala 30 lagi direman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 735 individu ditahan atas kesalahan ingkat prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu seramai 705 dikenakan kompaun manakala 30 lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran, makan dan minum di premis sebanyak, gagal merekod butiran diri.
"Tiada penjarakan fizikal, membawa penumpang berlebihan, tidak mematuhi arahan kawalan PKP, aktiviti pusat hiburan dan premis gagal mematuhi arahan," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Dalam pada itu, sebanyak 95,539 pemeriksaan telah dijalankan Task Force Operasi Pematuhan pada Jumaat.
Ia melibatkan 4,393 pasukan pematuhan yang terdiri daripada 20,071 anggota pelbagai agensi.
#ismail sabri yaakob #ingkar PKP #ingkar SOP #ditahan #polis #Ismail Sabri #rentas negeri #pelitup muka
;